Tuesday, November 25, 2008

Yoga..hhmm...

Arini paper cite pasal Our Rulers nak kena kaji dulu fatwa yang telah dikeluarkan ke atas amalan yoga....and Nik Aziz pulak berpendapat, yoga kalo tidak diamalkan dengan berwirid/jampi serapah dsb, boleh dijadikan amalan..Jadi kesimpulannya? Masing-masing dengan pendapat masing-masinglah kan?

Akan tetapi, pada pandangan saya sebagai rakyat biasa ni, why is it in the first place the National Fatwa Council tidak membawa perkara ini ke perhatian raja-raja sebelum fatwa dikeluarkan? Skang ni dah macam kelakar pulak dah bila raja-raja sendiri tidak lagi meluluskan fatwa tersebut serta merta. Dah la negara kite ni agama rasminya Islam, tapi, authority untuk bab hal ehwal ugama ni dikawal mengikut negeri masing-masing. So, bila jadi macam ni, tidakkah council tersebut nampak seperti tidak efficient? Dah nampak macam fatwa yang telah dikeluarkan masih boleh lagi dipertikaikan..hhmmm....macam mane tu?

Tapi tu la...aku rase kalo da ugama rasmi kite pun Islam, nape plak authority untuk bab ugama ni diserahkan pada setiap negeri? Bukankah lagi afdal kalau diletakkan dibawah Federal Authority tanpa mengabaikan Majlis Raja-Raja..

Monday, November 24, 2008

Apesal lah nak kecoh?

Arini kat paper keluar lagi pasal Isu Multilingual Signboard kat Penang tu..ntah bile nak abes isu ni, aku pun tak tau. Yang aku nampak, isu ni saja nak dibesar-besarkan, yang paling obvious, isu ni dah pun dipolitikkan. Ntah ape yang dorang dapat out of this act, aku pun tak tau..ye la..antaranya mungkin nak menjatuhkan pihak-pihak tertentu..banyak lagi benda lain yang bole kite sebok-sebok dari isu signboard ni. Yang paling sedih, benda-benda ni semua membangkitkan lagi semangat yang paling kurang sehat; RACISM!

Terimalah hakikat bahawa Penang tu dah jatuh kat tangan opposition..mcm mane boleh jd macam tu, well...tepuk dada tanye lah selera (untuk org-org yg terlibat). So, tak payahlah sebok-sebok nak besarkan isu yang kecik macam ni. Aku tak nampak isu TIDAK MEMARTABATKAN BAHASA IBUNDA kat sini sebabnya bahasa melayu dekat signboard tu ade lagi..bahasa-bahasa lain tu tambahan jek pun.